Tuesday, October 5, 2010

rasa cam nak benti keje jer...

tension dengan 1 customer ni.. rasa mcm nak benti keje je.. tingin nak ada auto reply email "I am no longer working with TM"....

hehehehe... emo tak saya???

Friday, May 14, 2010

Friday, April 9, 2010

I'm back.....

Salam semua... semalam Salmiza tegur saya.. "kenapa x update blog?" terkejut saya, ada gak org nak baca blog saya.. huhuhu... mmg lama dah x update blog.. xde mood even byk story...

nak paste apa ek.. lepas melalui 3 bulan lebih tanpa mak ni.. sy jalani hidup mcm biasa, melihat anak2 buah membesar... zaki pun dah makin besar n sihat bagai juara yer.. nak tgk pic dia?


Tuesday, January 12, 2010

11 January 2010 - Selamat Hari Lahir to me ~

Tahun lalu, tanggal 11 January 2009 - Ahad, hari lahir yg ke 31 tahun. Sy masih ingat, lepas solat subuh rasanya, sy baring2 atas katil and then sy call mak. Sy teringat, i need to say thanks to my mum sbb melahirkan dan membesarkan saya.. teringat kursus motivasi yg kita kena ambil peluang utk luahkan apa yg kita rasa, kasih sayang kita kepada ibu bapa kita, sementara mereka masih ada.. jgn ego, jgn malu.. kalau kita boleh menyatakan kesayangan kita kepada pasangan hidup kita/ kekasih kita, kenapa kita x boleh meluahkannya kepada ibu bapa kita kan... dialog sy pagi tu, lebih kurang " mak, hari ni kan hari lahir ngoh, ngoh nak ucapkan terima kasih kat mak, ampunkan segala dosa-dosa ngoh yer.. lagi, tolong halalkan susu mak kat ngoh yer.. dan lagi, i love u so much.." sambil, mata bertakung air mata, saya bercakap dalam gelak2 sikit la.. sbb nak cover kan.. dalam phone tu.. kalau berdepan, fyi, sy x pernah cakap dialog camtu, kalau raya pun, salam n cium mak n just cakap "ampunkan ngoh mak n halalkan mkn minum" itu je.. x nak emosi2 di hari raya kan...

Tahun ni, 11 January 2010, Hari Isnin, hari lahir yg ke-32, saya tak menyangka langsung 2009 adalah tahun terakhir saya sambut birthday bersama mak saya... mak tersayang kembali ke rahmatullah 22 Dec 2009... pagi tu, lepas solat subuh, tiada lagi morning call to my mum utk say thanks... hanya doa dan bacaan al-fatihah buat mak dan ayah tersayang.
Betapa sedihnya hati saya.. x tergambar oleh kata2.. kalau mak dah tiada, dah x boleh nak call ke apa ke.. guna la handphone secanggih mana pun, guna la package 3G ke, 10G, there is no way you can get to your mother... tp kita ni hamba Allah kan.. kena redha n terima Qadha n Qadar.. bila teringat je, bacalah al-fatihah dan surah2 pendek utk mereka.. insyaAllah, sampai kepada meraka.. (itulah pesanan saya kepada diri saya sendiri)
Nabi Muhammad SAW bersabda:-
“Ketika mati anak Adam, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”.

then sy pergi kerja, di opis saya ada teman2 yg prihatin dan kami sama2 sambut birthday... actually kat opis ada sorang kakak ni, birthday sama dgn saya.. so, we all sambut together.. geng lelahas beri byk hadiah.. thanks all....

gambar ada, nanti kita paste yer...

Sunday, December 13, 2009

Cara-cara mengkhusyukkan solat

Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.
1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
Sumber : jalansufi.comTag FB: http://www.facebook.com/notes/tomy-gnt-yang-dhoif/cara-cara-mengkhusyukkan-solat/213396604007

another cucu Hj Talib ~AHMAD ZAKI~

Alhamdulillah, selamat dapat anak saudara yg baru before raya haji yg lalu... :)
siang hari tidor je keje dia, mlm2 berjaga, tahajud...